Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu

Author

Dr. Harun Mat Piah

Publisher

Perpustakaan Negara Malaysia

Edition

Not Available

Date

2006

Keyword

Perubatan Melayu, Ilmu Filologi

Abstract

Mengandungi pelbagai pembicaraan mengenai perubatan Melayu Tradisional, dipetik dan disunting daripada 10 naskhah warisan manuskrip Melayu dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan  Negara Malaysia. Selain itu, karya ini juga mengambil kira teks-teks lain (sekitar 40 naskhah) dalam koleksi yang sama dan di lain-lain koleksi dunia, Leiden, London, Aceh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam. SUntingan edisi dibuat secara ilmiah, menurut disiplin ilmu filologi dengan diberi catatan, glosari dan indeks yang membantu pemahaman pembaca. Karya ini dikemukakan sebagai sebuah karya ilmu dalam rangkuman ilmu atau epistemologi Melayu; iaitu ilmu perubatan, selain ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu bahasa dan sastera, ilmu petukangan, ilmu berahi dan lain-lain. Perlu dibaca dan dibincangkan dalam konteks masa kini, khususnya dalam penggunaan pelbagai penyakit, baik dalam konteks kehidupan masa lalu, mahupun masa kini dan akan datang.