Penyaringan Fitokimia Dan Analisa HPLC Ke Atas Esktrak Syzygium Aromaticum

Author

Mohd Radzi A., Ong B.K., Norhayati A., Mohd Irman Syah M., Nuziah H. & Siti Asha A.B.
Program Tumbuhan Ubatan, Bahagian Bioteknologi Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52709 Kepong,
Selangor
Tel: 03-62797335 Fax: 03-62729805 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Language

Malay

Title

Penyaringan Fitokimia Dan Analisa HPLC Ke Atas Esktrak Syzygium Aromaticum

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2008)

Date

21st October - 22nd October 2008

Place Held

The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Abstract

Syzygium aromaticum atau dikenali dangan nama tempatannya cengkih, tumbuh dengan baik di kebanyakan tempat di Malaysia. Di dalam beberapa kajian yang dijalankan, ianya dilaporkan berupaya untuk bertindak sebagai aritibiotik, antibakteria dan juga antioksida. Cengkih juga dikatakan berpotensi untuk dimajukan sebagai bahan pengawet di dalam bidang nutraseutikal dan kosmetik. Kajian awal ini tertumpu kepada ekstrak yang dihasilkan daripada batang, daun dan bunga cengkih dan saringan fitokimia dijalankan ke atas ekstrak ethanol cengkih. Manakala analisa HPLC dijalankan dengan menggunakan HPLC Waters System dan Photodiode Array Detector 996, dan Kolum RP Amide 2.5 cm x 4.6 mm 5 micron. Analisa prom HPLC dan beberapa penemuan berkaitan potensi ekstrak yang dihasilkan akan dibincangkan.

Keywords

Fitokimia, HPLC, Syzygium aromaticum, cengkih

Session

Poster Abstracts

Topic

Think Global, Act Local: A New Paradigm In Malaysian Herbal Industry (Prof. Emeritus Dr. Abdul Latif Ibrahim-UNISEL)