Kultur Tisu Tumbuhan Ubatan: Pengalaman Frim

Author

Nor Hasnida H.,  Fadhilah Z. & Haliza I.
Unit Kultur Tisu, Program Bioteknologi & Farmaseutikal Bahagian Bioteknologi Hutan, lnstitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kepong 52109, Selangor
Tel: 03-62797353 F&E: 03.62804614 EmaIl; This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Language

Malay

Title

Kultur Tisu Tumbuhan Ubatan: Pengalaman Frim

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2008)

Date

21st October - 22nd October 2008

Place Held

The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan khazanah kepelbagaian biologi yang terdiri daripada flora dan fauna. Antaranya adalah pelbagai tumbuhan ubatan yang mempunyal nilai perubatan yang sangat berpotensi untuk dimajukan. Sehingga kini, kebanyakan spesies tumbuhan ubatan ini tumbuh secara semulajadi di hutan negara ini dan penggunaannya sangat tidak terkawal. Bekalan daripada sumber hutan ini menjadi semakin berkurangan dan kebergantungan secara langsung kepada sumber hutan ini adalah perlu diminimakan. Justeru itu. penanamaan spesies tumbuhan ubatan ini perlu dilaksana dan digiatkan secara besar- besaran. Bagi tujuan penubuhan ladang-ladang spesies tumbuhan ubatan, sumber anak benih atau bahan tanaman dalam kuantiti yang besar adalah diperlukan. Biji benih bagi sesetengah spesies adalah sukar diperolehi dan teknik keratan juga kadangkala tidak sesuai bagi sesetengah spesies yang lain. Oleh itu, kaedah kultur tisu merupakan satu alternatif kepada pembiakan spesies tumbuhan ubatan. Menerusi kaedah ini, anak-anak pokok dibiak dan digandakan di dalam bekas kaca yang mengandungi agar nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan pokok. Unit Kultur Tisu FRIM sehingga kini telah berjaya membangunkan kaedah pembiakan spesies-spesies tumbuhan ubatan menerusi kultur tisu seperti tongkat ali, mas cotek, karas dan chandan. Spesies karas dan chandan adalah spesies yang menghasilkan kayu dan minyak gaharu

Keywords

Kultur tisu; tumbuhan ubatan: pengalaman FRIM

Session

Poster Abstracts

Topic

Think Global, Act Local: A New Paradigm In Malaysian Herbal Industry (Prof. Emeritus Dr. Abdul Latif Ibrahim-UNISEL)