Pencirian Struktur Sebatian Flavanon Dari Ekstrak Pokok Sarang Semut

Author

Nur Fadhilah M.H., Abdul Wahab I., Mizaton H.H., Ponto T. dan Weber J.F.F.

Language

Malay

Title

Pencirian Struktur Sebatian Flavanon Dari Ekstrak Pokok Sarang Semut

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2010)

Date

3rd August - 4th August (2010)

Place Held

Forest Research Institute Malaysia(FRIM)

Abstract

Genus Myrmecodia dan famili Rubiaceae lazimnya mempunyai daun tanpa cabang dan bahagian hujung batang yang membengkak yang dikenali sebagai tuber. Tuber terdiri dan satu rongga kaviti berdinding licin dan mempunyai bukaan. Genus ini juga dikenali sebagai pokok sarang semut atau mirmekofit epifit kerana Ia membesar secara simbiotik bersama semut-semut yang tinggal di dalam rongga tuber tersebut. Dan kajian kepustakaan. pokok ini diguna secara tradisional untuk merawat tuberkulosis, ulser usus dan buasir. Akan tetapi, belum ada penyelidikan fitokimia yang dijalankan ke atas genus ini. Justeru usaha pengasingan bahan aktif telah dilaksanakan dengan merujuk kajian pencirian terhadap pokok satun dari genus Hydnophytum iaitu Hydnophytum formicarum Jack. Kajian mi mehbatkan empat ekstrak (iaitu ekstrak heksana, diklorometana, etil asetat dan metanol) dan tuber Myrmecodia platytyrea ssp. antoinii (Becc.) C.R. Huxley & Jebb. Setiap ekstrak dikaji menggunakan kedua-dua kaedah lapisan nipis kromatografi analitikal dan preparatif. Teknik kromatografi turus telah diguna untuk menulenkan kristal yang terbentuk. Satu sebatian flavanon (8.7 mg) yang mempunyai kumpulan prenil atau metoksi mungkin dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun, data ini tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana empat sebatian terbitan fenolik (protokatekualdehid, butin. isolikuiritigenin dan butein) yang dipencilkan dan spesis Hydnophytum. Inisiatif yang turut dirancang termasuklah penggunaan teknik-teknik seperti pengkristalan semula dan kromatografi cecair berprestasi tinggi. Pencerakinan berkaitan potensi antioksidan seperti kajian DPPH. FRAP, XOI, OH dan NO juga akan dilaksanakan ke atas ekstrak-ekstrak berkaitan.

Keywords

Myrmecodia; pokok sarang semut; flavanon

Session

Poster Abstracts: P01

Topic

Harnessing the Tropical heritage: Recent Advances in R&D and commercialization