Kajian Pengeringan Bagi Menghasllkan Teh Daun Stevia

Author

Samsudin A. dan Shafie A.
Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7685 E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Language

Malay

Title

Kajian Pengeringan Bagi Menghasllkan Teh Daun Stevia

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2010)

Date

7th August - 4th August (2010)

Place Held

Forest Research Institute Malaysia(FRIM)

Abstract

Daun stevia dilaporkan mengandungi fitosebatian stevioside dan riboside, bahan mineral kalsium dan kalium serta vitamin A, B1, B2 dan C yang berguna untuk kesihatan. Kajian perbandingan bagi proses pengeringan daun stevia pada skala makmal dan skala perintis telah dilaksanakan. Pengeringan di makmal menggunakan alat pengering kecil telah dilakukan sebanyak empat kali terhadap 1.2 kg stevia yang dituai. Pengeringan pada peringkat perintis pula dilakukan ke atas 15kg stevia dan diulang dua kali. Proses pengeringan dijalankan pada suhu 60°C. Stevia yang dltuai dicuci dengan air bersih dan dikeringkan dengan mesin pemutar sebelum dikeringkan sepenuhnya dalam mesin pengering. Proses pengeringan di makmal, mengambil masa 5 jam berbanding peringkat lebih 7 jam pada peringkat perintis untuk menurunkan kandungan kelembapan daripada 80% kepada 3-5%. Selepas pengeringan. daun stevia diasingkan dan tangkainya, dikisar dan dibungkus untuk dijadikan teh.

Keywords

Daun stevia, the, kajian pengeringan, khasiat

Session

Poster Abstracts: P20

Topic

Harnessing the Tropical heritage: Recent Advances in R&D and commercialization