Penentuan Paras Kandungan Mikroorganisma dalam Bahan Mentah dan Ekstrak Spesies Syzygium Terpilih

Author

Mohd Irman Shah M., Norulaiman Y., Ong B.K. dan Nor Azah M.A.
Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong,
Selangor

Language

Malay

Title

Penentuan Paras Kandungan Mikroorganisma dalam Bahan Mentah dan Ekstrak Spesies Syzygium Terpilih

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2010)

Date

3rd August - 4th August (2010)

Place Held

Forest Research Institute Malaysia(FRIM)

Abstract

Pencemaran mikroorganisma di dalam produk berasaskan herba merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh industri herba. Masalah ini harus ditangani untuk memastikan produk herba yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat digunapakai oleh pihak pengguna. Pencemaran mikroorganisma mi mungkin berpunca dan bahan mentah yang digunakan atau bahan separa proses seperti ekstrak tumbuhan. Dalam kajian ini, perbandingan tahap kandungan mikroorganisma telah dijalankan dalam sampel berbentuk bahan mentah asal dan sampel separa proses iaitu ekstrak untuk lima spesies Syzygium. Paras kandungan mikroorganisma ditentukan dengan menggunakan kaedah ‘total plate count’ (TPC). Spesies Syzygium yang dipilih adalah Syzygium malaccense, Syzygium grande, Syzygium jambos, Syzygium zeylanicum dan Syzygium aromaticum. Sejumlah 22 sampel yang terdiri daripada bahan mentah asal dan ekstrak daripada spesies Syzygium (daun, batang dan bunga) telah dikaji paras kandungan mikroorganismanya. Hasil daripada kajian mi mendapati paras kandungan mikroorganisma dalam sampel ekstrak adalah lebih rendah berbanding dengan sampel bahan mentah. Pengurangan paras kandungan mikroorganisma dalam ekstrak Syzygium tersebut mungkin disebabkan oleh kesan daripada proses pengekstrakan bahan mentah yang telah dijalankan.

Keywords

Spesies Syzygium; total plate count (TPC); bahan mentah; ekstrak

Session

Poster Abstracts: P37

Topic

Harnessing the Tropical heritage: Recent Advances in R&D and commercialization