Potensi Penanaman Integrasi Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) dan Kelapa Sawit dengan Sistem Tanaman

Author

Norkaspi K., Raja Zulkifli R.O., Suboh I. & Wahid O. Unit Integrasi Tanaman dan Ternakan, Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

Language

Malay

Title

Potensi Penanaman Integrasi Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) dan Kelapa Sawit dengan Sistem Tanaman Dua Baris Kembar

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2008)

Date

21st October - 22nd October 2008)

Place Held

The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Abstract

Tanaman Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) sudah lama dikenali sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Nilai Komersilnya semakin meningkat apabila didapati berupaya melancarkan pengaliran darah, mampu melawan dan membunuh sel kanser, kesan penggalak seks kaum lelaki (aphrodisiac) dan mampu merawat pelbagi penyakit seperti pening kepala, luka-luka, kurap, antimalaria dan antiradang. Kepelbagaian penggunaannya dalam perubatan menjadikan permintaan bahan mentah Tongkat Ali untuk proses juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Purata permintaan bahan mentah Tongkat Ali untuk ubatan ialah 476, 339kg/tahun. Sebahagian besar bekalan mentah ini didapati daripada sumber semulajadi. Pergantungan kepada sumber bekalan herba Tongkat Ali secara berterusan telah menyebabkan bekalan dan kualitinya semakin berkurangan. Penanaman Tongkat Ali secara integrasi bersama tanaman sawit merupakan kaedah yang mampu menjamin kualiti dan bekalan bahan mentah yang berterusan. Kaedah integrasi ini di samping dapat meningkatkan penggunaan tanah, juga memberi pendapatan sampingan kepada penanaman sawit. Integrasi Tongkat Ali di kawasan sawit menggunakan sistem dua baris kembar memberikan kepadatan pokok Tongkat Ali sebanyak 1010 pokok/hektar. Pada keseluruhannya, tanaman  Tongkat Ali sesuai ditanam di kawasan sawit. Pada umur 4 tahun selepas penanaman, purata tinggi pokok, diameter pangkal batang(20 cm dari atas tanah), berat akar basah dan kering masing-masing ialah 5.5m, 7.4cm, 1588 g/pokok dan 660g/pokok. Keputusan analisa HPLC (High Performance Liquid Chromatography) menunjukkan purata  kandungan ekstrak eurycomanone dalam akar adalah 163.1µg/ml melepasi piawaian ekstrak 101.9µg/ml bagi pokok Tongkat Ali yang berumur 4 tahun selepas penanaman.

Keywords

Tongkat Ali; Eurycoma longifolia; kepala sawit; sistem tanaman

Session

Plenary: Session 1

Topic

Think Global, Act Local: A New Paradigm In Malaysian Herbal Industry (Prof. Emeritus Dr. Abdul Latif Ibrahim-UNISEL)