Penggunaan Tumbuhan Ubatan untuk Kaum Wanita oleh Suku Kaum Dusun di Kg. Dandun, Pitas, Sabah

Author

Siti Sarayati A.M., Mohamad Hafiz A.T., Diana I., Noor Azrin A.R. dan Julenah Ag. N.
Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (U1TM) Sabah, Beg Berkunci 71, 88997
Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 019-5338583 E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Language

Malay

Title

Penggunaan Tumbuhan Ubatan untuk Kaum Wanita oleh Suku Kaum Dusun di Kg. Dandun, Pitas, Sabah

Proceeding

Medicinal and Aromatic Plants Seminar (MAPS 2010)

Date

3rd August - 4th August (2010)

Place Held

Forest Research Institute Malaysia(FRIM)

Abstract

Amalan penggunaan tumbuhan untuk mengatasi masalah kesihatan di kalangan suku kaum Dusun di Kg. Dandun Pitas Sabah semakin berkurang selepas kewujudan klinik kesihatan kerajaan. Hal ini telah mendorong usaha pengumpulan maklumat mengenai amalan penggunaan tumbuhan ubatan bagi menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan wanita telah diadakan. Kajian melibatkan sesi temuramah dengan pengamal tumbuhan ubatan dan bidan kampung selain pengumpulan sampel daun dan gambar. Sejumlah 66 jenis tumbuhan bersekali kegunaannya telah berjaya disenaraikan hasil temuramah dengan sepuluh responden. Golongan muda suku kaum Dusun di Kg. Dandun Pitas Sabah juga didapati kurang berminat untuk mempelajari ilmu berkaitan tumbuhan ubatan. Justeru selain tambahan kepada pangkalan data mengenai tumbuhan ubatan (yang dimulakan semenjak 2006) .kajian ini juga penting bagi memastikan pengetahuan berkaitan berjaya didokumenkan dan tidak hilang ditelan arus pembangunan.

Keywords

tumbuhan ubatan; kesihatan wanita; suku kaum Dusun; Sabah

Session

Poster Abstracts: P22

Topic

Harnessing the Tropical heritage: Recent Advances in R&D and commercialization